Posts

PENGENALAN

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua! Saya Ismat Faizzul Azfar Bin Ismail dari kelas DCD 2B akan berkongsi serba sedikit di blog saya pada kali ini berkaitan Kempen Derma Darah. Blog saya pada kali ini adalah bersempena dengan aktiviti bagi Kelab Kesihatan untuk sesi kokurikulum saya pada semester 2 di KPM Indera Mahkota. Saya juga ada menyelitkan video dan link youtube aktiviti aerodance kumpulan saya. Aerodance juga salah satu aktiviti yang disertakan dalam kelab kesihatan pada sesi kali ini. Selamat menonton! XD

POSTER KEMPEN DERMA DARAH

Image
 

SLIDE

Image
 

VIDEO AERODANCE

                                                Link YouTube : https://youtu.be/hx07k-PG6Sc

REFLEKSI

 Pada semester 2 pembelajaran saya di Kolej Proffesional Mara Indera Mahkota, saya telah meyertai Kelab Kesihatan dan Kecergasan. Kelab ini berada di bawah naungan Puan Norazura. Sepanjang kelab kesihatan berlangsung setiap hari Khamis, banyak maklumat baru yang saya perolehi. Aktiviti yang diberikan juga telah banyak memberi manfaat kepada saya contohnya aerodance. Melalui aktiviti aerodance, hubungan kami para pelajar semakin erat. Kami juga lebih banyak mengeluarkan peluh semasa aerodance dan hal ini boleh mengekalkan kesihatan tubuh badan kami. Akhir sekali, saya berharap sesi kokurikulum ini dapat diteruskan di kolej kerana saya yakin banyak manfaat yang akan diperoleh setiap pelajar di kolej ini. Semoga ilmu yang saya dapat akan memberi manfaat kepada diri saya sendiri serta orang di sekeliling saya. Sekian terima kasih.