REFLEKSI
Pada semester 2 pembelajaran saya di Kolej Proffesional Mara Indera Mahkota, saya telah meyertai Kelab Kesihatan dan Kecergasan. Kelab ini berada di bawah naungan Puan Norazura. Sepanjang kelab kesihatan berlangsung setiap hari Khamis, banyak maklumat baru yang saya perolehi. Aktiviti yang diberikan juga telah banyak memberi manfaat kepada saya contohnya aerodance. Melalui aktiviti aerodance, hubungan kami para pelajar semakin erat. Kami juga lebih banyak mengeluarkan peluh semasa aerodance dan hal ini boleh mengekalkan kesihatan tubuh badan kami. Akhir sekali, saya berharap sesi kokurikulum ini dapat diteruskan di kolej kerana saya yakin banyak manfaat yang akan diperoleh setiap pelajar di kolej ini. Semoga ilmu yang saya dapat akan memberi manfaat kepada diri saya sendiri serta orang di sekeliling saya. Sekian terima kasih.